Salleh Said Keruak

KUALA LUMPUR – Tindakan media asing yang membuat laporan kitar semula dan berat sebelah terhadap Malaysia dan Datuk Seri Najib Razak bukan sesuatu yang menghairankan.

Ini kerana, media asing telah memperkatakan perkara yang sama semasa Tun Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri lagi dan berlarutan sehingga hari ini.

Pada asasnya, apa yang dilaporkan media asing adalah tentang rasuah, pilihan raya yang tidak telus, tidak demokrasi, penafian kebebasan bersuara dan sebagainya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

“Sejak 30 tahun yang lalu ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga hari ini mereka masih mengatakan perkara yang sama.

“Pembangkang kemudian menerbitkan laporan ini untuk memberi gambaran bahawa seluruh dunia menentang Malaysia,” katanya menerusi blog beliau.

Bagaimanapun menurut Salleh, media asing tidak pula melaporkan tentang banyak kes rasuah yang kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Selangor dan Pulau Pinang atau mengenai dakwaan penipuan dalam PRU-13 seperti 40,000 pengundi Bangladesh yang terbukti palsu.

“Laporan media asing tidak seimbang tetapi sangat berat sebelah memberikan gambaran bahawa segala tentang pemerintah adalah buruk dan pembangkang pula malaikat,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast