Paul Pogba.

LONDON – Ejen Mino Raiola mendedahkan harga sebenar Paul Pogba adalah £200 juta dan Manchester United telah membelinya di bawah harga pasaran.

Pada musim panas tahun 2016, Pogba berpindah ke Old Trafford dengan harga £89 juta dari kelab gergasi Itali, Juventus.

Ketika ini, pemain antarabangsa Perancis itu seolah-olah kecewa berada di Old Trafford dengan beberapa isu yang membabitkan pengurus, Jose Mourinho.

Bagaimanapun, Raiola mendakwa kelab Red Devils  bernasib baik kerana sepatutnya perlu membuat tawaran yang besar dan Mourinho mungkin terpaksa membayar dua kali untuk mendapatkan pemain tengah itu.

 “Selagi televisyen berhak untuk berkembang, pelakon  jugalayak dibayar lebih,” kata Raiola kepada majalah Belanda, Quote.

“Saya tidak menolak harga yang melebihi pasaran. Sebaliknya, lihat pada perpindahan Pogba. Manchester United hanya membayar £100 juta tetapi saya fikir mereka sepatutnya membayar £200 juta.

“Pogba adalah pemain murah. Juventus boleh menjualnya pada harga £200 juta kepada Real Madrid, jadi Manchester United sebenarnya telah jimat £100 juta,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast