Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman (tengah) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail (dua kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak (kanan) menunjukkan ayam goreng yang dijual pada Majlis Perasmian Pembukaan Outlet Pertama Chicken Cottage Lembah Klang di Jalan Tun Mohd Fuad 1, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 1 APRIL 2018.
PETALING JAYA – Chicken Cottage (CC) menyasarkan pembukaan lebih 250 premis baharu dalam tempoh lima tahun akan datang di peringkat dunia termasuk di Rantau Asia Pasifik.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, China dan India yang merupakan dua negara berpopulasi tertinggi dunia merupakan pasaran besar yang akan melonjakkan lagi pemasaran jenama CC di peringkat gobal.
Ujarnya, bagi tahun 2018, CC merancang membuka tiga lagi cawangan kami di negara ini iaitu di Johor Bahru, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
“Ketika ini kita sudah mengenalpasti tanah dan sedang dalam proses mengkaji lokasi dan permintaan pasaran selain kekuatan kakitangan sebelum membuka cawangan itu yang menelan kos berjumlah RM3 juta selain fokus diberi ke negara-negara jiran di Singapura dan Thailand.
“Pembukaan yang kedua di Lembah Klang iaitu Taman Tun Dr.Ismail (TTDI) hari ini selepas yang pertama di Kuala Terengganu pada 17 Disember 2015 satu lagi usaha jitu Chicken Cottage untuk mengembangkan produk berasaskan Halalan Toyyiban itu ke pasaran tempatan.
“Kedudukan TTTDI diantara sempadan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dan jaringan komersial yang popular dengan pusat membeli belah kemasyarakatan satu lagi titik tolak utama Chicken Cottage mengembangkan sayapnya di sini,” katanya  di majlis perasmian cawangan premis CC itu di sini hari ini.
Perasmian Pembukaan Oulet Pertama Chicken Cottage Lembah Klang di Jalan Tun Mohd Fuad 1, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 1 APRIL 2018.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail selaku

Chicken Cottage TTDI adalah cawangan ke-90 yang mana 67 cawangan sahaja beroperasi di United Kingdom sejak 1994 dengan outlet pertama di Ealing Road, Wembley manakala 21 lagi dibuka merata tempat di Pakistan, Iraq dan Afrika.
Malah katanya, selain China dan India, pihaknya juga mempunyai rancangan untuk membuka outlet Chicken Cottage di Dhubai  dan akan ditambah di Nigeria.
Katanya kerajaan negeri Terengganu melalui anak syarikat Terengganu Incorporated telah membeli 70 peratus saham Chicken Cottage pada tahun 2014 manakal 30 peratus lagi telah dibeli pada April 2017.
“Kini pembelian kesemua saham itu menjadikan Chicken Cottage adalah hak milik penuh kerjaaan Terengganu sebagai jenama Malaysia.
“Sasaran utama kita adalah memastikan produk Chicken Cottage berstatus Halalan Toyyiban ini menjadi jenama bertaraf global yang bersaing dengan beberapa francais penyedia makan segera terkemuka dunia seperti KFC, McDonalds, Pizza Hut, Burger King dan sebagainya.
“Kita mahu memasitkan Chicken Cottage mempunyai 250 cawangan menjelang 2023 dan kami sangat optimis ke arah itu,” ujarnya.- MalaysiaGazette