Home Dunia Majikan Joanna dihukum mati

Majikan Joanna dihukum mati

Joanna Demafelis,

KUWAIT – Pasangan suami isteri dikenakan hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh pembantu rumah Filipina.

Keputusan itu dibuat meskipun lelaki Lebonan dan wanita Syria itu tidak berada di mahkamah.

Mayat Joanna Demafelis ditemui dalam peti sejuk beku pada bulan Februari lalu di sebuah apartmen yang ditinggalkan.

Joanna dipercayai dibunuh lebih setahun.

Kematian itu menyebabkan krisis diplomatik antara Kuwait dan Filipina hingga mengakibatkan Manila membatalkan penghantaran pekerja ke negara itu.

Malah, lebih 1,000 orang pekerja Manila di Kuwait dibawa balik yang kebanyakan mereka ada pembantu rumah.

Susulan itu, Interpol melancarkan pencarian antarabangsa sehingga tertangkapnya pasangan itu di Syria pada Februari lalu.

Tertuduh, Nader Essam Assaf kini sedang dipertimbangkan untuk diekstradisi ke Kuwait manakala isterinya Mona ditahan di Damascus. – MalaysiaGazette