Foto Instagram Yatt Hamzah.

KUALA LUMPUR РSelebriti Yatt Hamzah selamat melahirkan anak perempuan seberat 3.33 kilogram (kg) di sebuah pusat perubatan di sini, pada jam 12.10 tengah hari, semalam.

Menerusi laman Instagram miliknya, Yatt yang juga pelakon memaklumkan dia dan anaknya berada dalam keadaan baik.

“Kami sekeluarga menzahirkan rasa syukur atas kelahiran puteri kami yang ketiga ini.

“Jutaan terima kasih atas doa dan sokongan semua terutama keluarga, rakan dan pihak yang mendoakan termasuk pengikut media sosial,” tulisnya

Yatt atau nama penuhnya, Haryati Hamzah berharap anaknya membesar menjadi insan yang baik.

“Mohon doakan agar anak ini jadi seorang mujahidah yang solehah dan hafizah al-Quran. Semoga dia menjadi hambaNya yang faqih lagi muttaqin,” katanya.

Yatt bernikah dengan juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khairuddin pada 2016 dan dikurniakan cahaya mata Suci Humaira Iqlima.

Daripada perkahwinan lalu, Yatt memiliki anak perempuan, Suci Hanania Malika. – MalaysiaGazette