Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Syed Alwi Mohamed Sultan.

KUALA LUMPUR- Agrobank melantik Syed Alwi Mohamed Sultan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu berkuatkuasa 2 April lalu.

Syed Alwi yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam perbankan Islam dan perniagaan kewangan sebelum ini pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya di Bank Mualamat Malaysia Bhd., BNP Paribas, Standard Chartered Saadiq Bhd., The Islamic Bank of Asia Ltd dan HL Bank Singapore.

“Syed Alwi merupakan pakar strategi penting yang mempunyai pengalaman luas dalam industri perbankan Islam.

“Ahli-ahli lembaga pengarah yakin beliau akan menjadi ketua yang tepat untuk memimpin syarikat ke peringkat yang lebih tinggi sejajar dengan matlamat Agrobank yang sedang mengukuhkan kedudukan untuk terus melakukan transformasi ke atas bank kami pada masa depan,” kata Pengerusi Agrobank, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast