Friday, April 19, 2024
Home Nasional Tiada aset TLDM yang tersadai

Tiada aset TLDM yang tersadai

Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin

PELABUHAN KLANG – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya aset-aset pasukannya ‘tersadai’, dan mempelawa golongan terbabit melawat Pangkalan TLDM Lumut, Perak untuk melihat sendiri keadaan aset berkenaan.

Panglima Tentera Laut, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, sebagai pemegang amanah rakyat, TLDM sentiasa berusaha memastikan semua aset diselenggara dengan baik supaya berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi sepanjang masa.

“Memang benar, kita ada dua aset kapal berusia 50 tahun tetapi ia masih berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi malah mampu menjalankan rondaan di Laut Sulu bagi menjaga keselamatan perairan negara,” katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menyempurnakan upacara pemakaian pangkat 16 pegawai TLDM, Tentera Darat Malaysia dan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM di sini. – MalaysiaGazette