Home Nasional Bilal ditahan miliki heroin

Bilal ditahan miliki heroin

Gambar hiasan

PENDANG- Seorang bilal  antara enam individu yang ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kerana didakwa menyalahgunakan dadah jenis heroin dalam serbuan di kediamannya di Taman Sejahtera dekat sini, malam tadi.

Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan bersama lima rakannya yang lain berusia di antara 18 sehingga 43 tahun.

Dalam kenyatannya, Ketua AADK Pendang, Ahmad Zaher Hamid berkata, heroin seberat 2.75 gram berjaya dirampas daripada bilal berkenaan yang kemudiannya diserahkan kepada polis bagi membantu siasatan.

Menurut Ahmad Zaher, agensi tersebut menahan 16 individu di Kubur Panjang, KEDA Tanjung Setol, Kampung Kubang Pisang, Kampung Pulau Machang dan Mukim Air Putih bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast