Video – Najib Umum Kenaikan Gaji , Elaun 1.6 Juta Penjawat Awam

Perdana Menteri mengumumkan kenaikan gaji dan elaun kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam berkuatkuasa 1 Julai ini.

Pemberian itu sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada peranan, tugasan dan tanggungjawab penjawat awam dalam pembangunan ekonomi dan sosio negara.

Beliau turut mengumumkan beberapa pemberian insentif seperti kenaikan pangkat kepada kumpulan pelaksana dan guru, di samping penambahan imbuhan sebanyak satu peratus lagi kepada kira-kira 800,000 pesara.

#perdanamenteri #kenaikangaji #penjawatawam #malaysiagazette