MIT

KUALA LUMPUR – Malaysia dijangka dapat membentangkan undang-undang yang diperlukan untuk pengesahan Perjanjian Komprehensif dan Progresif Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) pada awal tahun depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk J. Jayasiri berkata,  Malaysia mempunyai 17 lagi undang-undang yang perlu dipinda yang berada dalam peringkat persediaan yang berlainan.

Menurutnya, beberapa undang-undang sedang dipertimbangkan oleh Pejabat Peguam Negara, sementara ada pula dengan kementerian yang menjadi pihak berkepentingan.

Undang-undang tersebut termasuk yang berkaitan perlindungan harta intelek, buruh dan kastam.

Beberapa peruntukan undang-undang dipinda bukan hanya CPTPP tetapi kerana kewajiban dalam perjanjian antarabangsa yang lain, katanya.

“Itulah sebabnya ia mengambil masa yang lebih lama daripada proses biasa,” katanya.

Jayasiri berkata, Malaysia akan membuat pengesahan CPTPP sebaik sahaja semua undang-undang ini diluluskan di Parlimen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast