Home Dunia Gunakan pen ancam anak kapal, Air China mendarat cemas

Gunakan pen ancam anak kapal, Air China mendarat cemas

BEIJING – Penerbangan udara China ke Beijing membuat pendaratan tidak berjadual di pusat bandar Zhengzhou selepas seorang penumpang menggunakan sebatang pen untuk membuat ancaman.

Dalam satu kenyataan ringkas di laman webnya, Pentadbiran Penerbangan Awam China berkata, seorang penumpang lelaki yang menaiki pesawat 1350 Air China Flight cuba menggunakan sebatang pen itu untuk meletakkan atendan penerbangan “di bawah tekanan”.

Penumpang dan anak kapal tidak mengalami sebarang masalah, kata kenyataan itu, tanpa memberikan butiran lanjut.

Ketika kejadian, pesawat berkenaan berlepas dari Changsha pada pukul 8.40 pagi dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing sekitar 11 pagi.

Bagaimanapun, pesawat itu terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Zhengzhou Xinzhen pada pukul 9.58 pagi.

Air China terpaksa melakukan pendaratan itu atas faktor keselamatan dan pihak berkuasa penerbangan sedang mengendalikan kes tersebut. – MalaysiaGazette