Home Dunia Rusuhan di penjara, 7 terkorban

Rusuhan di penjara, 7 terkorban

CAROLINA – Tujuh banduan terbunuh manakala 17 lagi cedera selepas berlaku rusuhan di sebuah penjara di selatan Carolina.

Keganasan yang berlaku pada malam Ahad itu kini dapat dikawal pada awal pagi Isnin.

“Tragedi ini berlaku disebabkan wilayah, disebabkan penyeludupan,” kata Pengarah Jabatan Pemulihan selatan Carolina, Bryan Stirling.

Semua kematian dipercayai akibat terkena tikaman.

Setakat ini, semua pengawal dan kakitangan penguatkuasa penjara dilaporkan selamat.

Sepanjang tempoh hampir lapan jam itu, terdapat keganasan berlaku di tiga unit penjara di Institusi Lee Correctional.

Beberapa banduan ditikam dengan pisau buatan sendiri, manakala bakinya kelihatan dipukul, kata Koroner di daerah Lee, Larry Logan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan. – MalaysiaGazette