Home Dunia Punca enjin pesawat Southwest Airlines meletup disiasat

Punca enjin pesawat Southwest Airlines meletup disiasat

Keadaan enjin pesawat Southwest Airlines yang meletup semasa dalam penerbangan dari New York ke Dallas. foto Agensi

PHIDELPHIA – Pengawal Keselamatan Udara Persekutuan sedang menyiasat punca enjin pesawat komersial Southwest Airlines meletup dan memecahkan tingkap hingga menyebabkan seorang penumpang maut.

Insiden itu berlaku semasa dalam penerbangan apabila bilah kipas engin itu terputus semasa pesawat dalam penerbangan.

Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Robert Sumwalt dalam sidang akhbar berkata, dia tidak dapat mengatakan sama ada  kemalangan seumpama itu pertama kali berlaku di Amerika Syarikat sejak 2009 kerana terdapat beberapa  berhubung Boeing 737-700.

“Kami mahu menyiasat dengan teliti punca masalah ini dan seperti yang saya sebutkan beberapa minit yang lalu, saya sangat prihatin terhadap kejadian ini,” kata Sumwalt pada sidang akhbar di lapangan terbang Philadelphia.

Engin CFM56 terbakar di Pennsylvania kira-kira 20 minit selepas penerbangan Southwest 1380 ke Dallas meninggalkan Lapangan Terbang LaGuardia di New York dengan 149 penumpang.

Seorang eksekutif bank, Jennifer Riordan, 43, terbunuh apabila tekanan daripada tingkap pesawat di sebelahnya yang pecah menolak beliau keluar akibat penyahmampatan yang kuat.

Bagaimanapun, tubuh mangsa berjaya ditarik oleh para penumpang yang lain. Riordan meninggal akibat kecederaan.

Southwest Airlines kini menjalankan pemeriksaan semua pesawatnya yang menggunakan enjin CFM56 yang dibuat oleh Safran dan General Electric.

Jurucakap berkata, ia merupakan kali kedua engin pesawat Southwest Airlines gagal berfungsi dengan cara yang sama dalam tempoh dua tahun.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan juga melakukan siasatan sama ke atas pesawat Boeing 737-700 untuk mencari punca letupan itu.

Sumwalt berkata, bilah kipas dipercayai mengalami kerosakan pada logam yang melekat pada hab enjin, patah dua kira-kira separuh sepanjang panjangnya.

Serpihannya ditemui di luar bandar Pennsylvania oleh penyiasat yang mengesannya melalui radar.

Menurut Sumwalt, pesawat itu telah bergerak pada kelajuan 190 batu sejam apabila ia membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Philadelphia, lebih cepat berbanding kelajuan pendaratan 155 batu sejam. – MalaysiaGazette