Home Politik Tiada lagi baiah talak tiga – Tuan Ibrahim

Tiada lagi baiah talak tiga – Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR – Calon Pas yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini mampu menghela nafas lega kerana baiah cerai talak tiga ke atas isteri mereka tidak lagi diamalkan.

Ini disahkan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang mengatakan, Majlis Syura Ulamak parti itu telah membuat penyelarasan lafaz baiah untuk calon dan pemimpinnya di seluruh negara.

“Kali ini kita akan seleraskan baiah untuk calon dan pemimpin di seluruh negara. Tiada (apa-apa) tambahan.

“Tiada perbezaan baiah antara Kelantan dan calon di negeri lain,” katanya pada program ceramah pra pengisytiharan calon Pas PRU14 di Wakaf Bharu, Tumpat malam tadi.

Menurut Tuan Ibrahim, Pas Kelantan sebelum ini menetapkan lafaz baiah tambahan iaitu taklik cerai talak tiga ke atas isteri kepada ahlinya yang menjadi calon pada PRU13.

Lafaz itu, katanya, bertujuan untuk mengikat kesetiaan ahli iaitu calon supaya tidak berpaling tadah atau melompat parti. – MalaysiaGazette