PARIT BUNTAR, 25 Mac -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) meminta Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai Datuk Sham Mat Sahat (depan, kiri) dan Anggota Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (depan, kanan) tampil ke tengah pentas untuk bersalaman pada Majlis Mesra Bersama Rakyat di Dataran Kerian Permai Parit Buntar hari ini. Kemelut yang selama ini bergolak di Bagan Serai telah berjaya diselesaikan oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam suasana penuh kekeluargaan. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

IPOH – Meskipun Barisan Nasional (BN) Perak belum mengumumkan senarai nama calon pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14), namun sudah ada khabar angin mengenai calon-calon yang disenaraikan semula.

Menurut sumber, antara yang disenaraikan semula adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat yang didakwa dikekalkan sebagai calon.

“Kalau boleh dia nak undur diri tapi MB (Menteri Besar) dan rakyat Alor Pongsu masih perlukan khidmat dia,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Difahamkan pencalonan semula Sham adalah disebabkan kemahuan Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang mahu beliau terus berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan.

Pada PRU13 lalu, Sham sekali lagi mempertahan kerusi beliau apabila mendapat majoriti majoriti 2,196 undi mengalahkan calon PKR, Rosli Ibrahim dengan hanya 6,090 undi.

Ditanya mengenai kedudukan bekas Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, sumber berkenan berkata maklumat mengenai kerusi itu belum diketahui.

“Tok mie (Datuk Dr Noor Azmi) tak tau la… Masih samar-samar. Kena tunggu pengumuman dari MB,” katanya.

Pengumuman senarai calon BN di negeri ini dijadualkan akan diadakan esok atau Selasa kerana menunggu pengesahan daripada Najib.

Sebelum ini, kawasan itu dihambat kemelut apabila Sham dan Noor Azmi dikatakan bermula selepas PRU13 sehingga menunjukkan persengketaan mereka secara terbuka.

Ekoran itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengadakan lawatan ke Parit Buntar baru-baru ini berjaya berjaya diselesaikan dalam suasana penuh kekeluargaan.

Menurut Ahmad Zahid, rakyat Parlimen Bagan Serai akan terus rugi jika pemimpin di peringkat kawasan bergaduh sesama sendiri.

“Dok bergaduh je…rakyat  jadi mangsa tau. Sebab itu, saya satukan hati mereka hari ini. Bukan  semua (yang berbalah) cuma satu dua orang sahaja. Cukuplah jadi keras macam batu (keras kepala).

“Yang penting rakyat Bagan Serai dan rakyat Parit Buntar mesti dipimpin Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri) dan Ahli Parlimen BN (Barisan Nasional),” katanya pada program itu di Dataran Kerian Permai pada Mac lalu. -MalaysiaGazette