BAGAN DATUK – Seramai 1.510 juta pengundi layak mengundi di negeri Perak berdasarkan daripada statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

Jumlah itu adalah daripada pewartaan pada 10 April lalu yang diklasifikasikan mengikut Parlimen dan DUN.

Parlimen Tambun mencatatkan jumlah pengundi tertinggi dengan catatan sebanyak 107,763 undi merangkumi ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Manjoi dan Hulu Kinta.

Parlimen Gopeng mencatat kedudukan kedua tertinggi dengan 99,167 pengundi yang mempunyai tiga DUN itu.

Ia diikuti dengan Ipoh Timur dengan 91,486 pengundi, Taiping 90,729 manakala Beruas 79,794 pengundi.

Perak mempunyai 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi DUN.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Barisan Nasional (BN) memenangi 13 kerusi Parlimen, sementara Pakatan Harapan (PH) 10 kerusi dan Pas 1 kerusi.

BN berjaya membentuk kerajaan negeri apabila memenangi 31 kerusi DUN daripada 59 kerusi. -MalaysiaGazette