Home Dunia Menteri Dalam Negeri Britain letak jawatan

Menteri Dalam Negeri Britain letak jawatan

Amber Rudd. foto Agensi

LONDON – Menteri Dalam Negeri Britain meletak jawatan selepas Perdana Menteri Theresa May menghadapi kritikan berhubung layanan beberapa penduduk Caribbean yang dilabelkan sebagai pendatang tanpa izin.

May belum memberi sebarang maklum balas tetapi pegawai kerajaan mengesahkan bahawa Amber Rudd telah melepaskan jawatannya.

Selama dua minggu, menteri-menteri British bergelut untuk menjelaskan mengapa beberapa keturunan “Generasi Windrush” yang dipelawa ke Britain untuk menangani kekurangan tenaga buruh antara 1948 dan 1971, telah dilabelkan sebagai pendatang tanpa izin.

Skandal Windrush membayangi sidang kemuncak Komanwel di London dan telah menimbulkan persoalan mengenai tugas Theresa May sebagai Menteri Dalam Negeri selama enam tahun sebelum menjadi perdana menteri menjelang referendum Brexit 2016.

Rudd berhadapan dengan gesaan supaya meletakkan jawatan daripada Parti Buruh selepas memberikan kenyataan bertentangan berhubung sasaran pengusiran.

May telah memohon maaf kepada masyarakat kulit hitam pada hari Khamis dalam surat kepada The Voice, akhbar Afro-Caribbean.

“Kami telah mengguriskan hati anda dan saya sangat menyesal. Tetapi permintaan maaf sahaja tidak cukup, kita mesti segera memperbaiki kesalahan yang menjadi sejaran ini,” katanya. – MalaysiaGazette