Single terbaru Siti Sarah
Single terbaru Siti Sarah

KUALA LUMPUR – Cerewet dalam pemilihan lagu yang mahu dinyanyikannya Siti Sarah Raisuddin mengakui menolak 50 buah lagu sebelum ini.

Sarah akhirnya berasa serasi dengan lagu ciptaan suaminya, Shuib Sepahtu berjudul ‘Semakin’ yang akan menjadi single terbarunya selepas tujuh tahun.

“Saya mengambil masa yang sangat lama untuk keluarkan single selepas tamat program Gegarvaganza musim ketiga. Saya dapat banyak lagu tetapi saya rasa tak dapat nak sampaikan lagu itu dengan baik.

“Tak sangka sebenarnya lagu yang sepatutnya saya nyanyikan itu berada dekat dengan saya iaitu lagu ciptaan suami sendiri”,katanya.

Namun menurut Sarah, proses merakamkan lagu itu tidak mudah dan mengambil masa yang lama walaupun ia merupakan ciptaan suaminya akibat sifat cerewet. -MalaysiaGazette