Pemain pasukan Johor DT, Ahmad Hazwan Bakri (dua kanan) meraikan jaringan bersama dua rakannya selepas berjaya menyumbat gol ketika menentang pasukan Selangor pada perlawanan Liga Super Malaysia 2018 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 02 MEI 2018.

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya memungut tiga mata penuh selepas menumbangkan Selangor 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini malam tadi.

Keputusan tersebut sekali gus menjadikan anak didik bimbingan Raul Longhi itu terus selesa sebagai pendahulu liga dengan kutipan 21 mata selepas mengharungi lapan pusingan.

Pemain pasukan Johor DT, Muhammad Nazmi Faiz Mansor meraikan jaringan selepas berjaya menyumbat gol kedua ketika menentang pasukan Selangor pada perlawanan Liga Super Malaysia 2018 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 02 MEI 2018.

Harimau Selatan tampak garang beraksi di laman sendiri dan dilihat mendominasi permainan pada babak pertama selain kerap melancarkan serangan ke arah kubu lawan namun gagal menembusi benteng pertahanan Red Giants.

Gol pertama buat JDT hadir pada minit ke-60 menerusi jaringan Ahmad Hazwan Bakri yang bijak memanfaatkan bola hasil lorongan pemain import, Gonzalo Cabrera.

Tidak lama kemudian, Nazmi Faiz Mansor menambah jaringan pasukan tuan rumah selepas menyempurnakan hantaran Safawi Rasid dengan merembat tepat ke gawang Selangor menewaskan penjaga gol, Mohd. Khairul Azhan Mohd. Khaled pada minit ke-69. – MalaysiaGazette