Kim Jong-un dan Donald Trump

WASHINGTON – c

White House berkata, pertemuan julung-julung kali antara dua pemimpin itu akan berlangsung tidak lama lagi.

Pertemuan dua pemimpin itu bagi membincangkan usaha untuk menamatkan program ujian nuklear Pyongyang menimbulkan kerisauan berhubung isu-isu berbangkit kerana Seoul akan menentang jika terdapat usul penarikan tentera Amerika Syarikat.

Zon penampan tentera (DMZ), antara Korea Utara dan Korea Selatan antara lokasi pilihan, selain Singapura bagi pertemuan tersebut.

Peace House yang terletak di DMZ adalah lokasi pertemuan antara Jong-un dan Presiden Moon Jae-in pada bulan lalu.

White House berkata, Trump akan menjadi tuan rumah bagi pertemuan dengan Moon pada 22 Mei ini sebelum pertemuan dengan Jong-un.- MalaysiaGazette