Pemain Stoke City meratapi kesedihan selepas tewas 1-2 kepada Crystal Palace sekali gus mengucap selamat tinggal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pemain Stoke City meratapi kesedihan selepas tewas 1-2 kepada Crystal Palace sekali gus mengucap selamat tinggal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

LONDON – Stoke City akhirnya terpaksa mengucap selamat tinggal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 10 tahun beraksi dalam liga popular dunia itu.

Skuad bimbingan Paul Lambert terpaksa kembali ke divisyen kedua dalam bola sepak Inggeris selepas tewas 1-2 kepada Crystal Palace malam tadi.

Stoke hanya mampu mencatat sebanyak 30 mata dalam 37 perlawanan  musim ini dan lebih mengecewakan lagi mereka mengharungi 13 aksi tanpa menang.

“Perlawanan yang sengit dan saya dapat rasakan semua orang berasa dekat dengan kelab.

“Musim ini bermula Julai, Ogos. Anda akan menemui diri sendiri ketika ‘berjalan sambil tidur’ untuk menerima situasi ini.

“Kami telah cuba mencari dan perbaiki  apa yang silap, dan saya tidak menyalahkan sesiapa.

“Ini adalah kelab yang bagus. Ia akan menjadi sukar dan kami perlu kembali bangkit,” ujar Lambert. – MalaysiaGazette