KUALA LUMPUR – Datuk Seri Raja Nong Chik tidak puas hati terhadap cara persiapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan warga emas dan orang kelainan upaya yang mengundi di saluran-saluran yang disediakan di Parlimen Lembah Pantai.

Ini kerana pengundi warga emas disediakan hanya saluran satu di tingkat bawah bangunan SMK seri Pantai Kg Kerinchi.

Namun terdapat segelintir warga emas dan yang uzur ditempatkan di saluran 2 dan 3, yang mana mereka perlu ke tingkat dua bangunan untuk mengundi.

MalaysiaGazette difahamkan pengundi boleh menukar saluran tetapi ia memerlukan pengsian borang yang mana hanya tiga borang sahaja disediakan di setiap saluran, menyebabkan ia tidak mencukupi.

Situasi itu menyebabkan segelintir pengundi warga emas yang terpaksa bertunggu sejak 8 pagi telah berputus asa dan difahamkan pulang tanpa mengundi.

Raja Nong Chik berkata masalah ini pernah berlaku pada PRU lalu dan sepatutnya ditangani SPR kali ini dengan persediaan lebih baik.

“Tak kisah siapa undi siapa tapi semua perlu diberi peluang menunaikan tanggungjawab.

“Sepatutnya undang undang boleh difleksibelkan dengan budi bicara SPR dalam keadaan tertentu seperti ini,” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast