Najib Razak
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) diramal dalam keadaan baik untuk terus memimpin Malaysia dalam tempoh lima tahun lagi.

Cuma persoalannya adalah BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak dapat mengekalkan dua pertiga majoriti Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang berlangsung pada hari ini selepas gagal mempertahankannya pada PRU 2008.

Pengurus Serantau, The Economist Intelligence Unit (EIU), Fung Siu berkata, walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai persaing kepada Najib dan mungkin memenangi sokongan daripada pengundi Melayu, nama dan gaya politiknya diingati dalam kalangan pengundi lebih tua – membezakannya dengan Najib.

Tetapi Mahathir yang pernah memimpin UMNO dikenali sebagai diktator dan dituduh secara bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berkhidmat sebagai menteri kewangan dalam Kabinet Mahathir.

Paling mengejutkan apabila beliau bersekutu dengan Anwar dalam PRU ini.

Pakatan mereka dijangka bertahan tetapi EIU menjangkakan Mahathir ‘berehat’ selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada tahun ini.

Mahathir akan terus memimpin partinya tetapi bukan Pakatan Harapan kerana kedudukan itu akan diserahkan kepada Anwar.

EIU berkata, meskipun BN memenangi PRU kali ini tetapi Pakatan Harapan terus utuh namun besar kemungkinan Anwar akan memberi fokus kepada penggantinya.

UMNO pula sebuah organisasi politik yang kukuh dijangka memberi tumpuan kepada pengganti Najib.

Cabaran untuk UMNO ialah siapa yang akan mengambil alih kepimpinan utama selepas Najib.

Bagaimanapun, EIU meramalkan Najib akan berkhidmat pada keseluruhan penggalnya selepas PRU ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast