Pengamal media dan wartawan berkumpul di perkarangan Menara Dato' Onn di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Pengamal media dan wartawan berkumpul di perkarangan Menara Dato' Onn di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Pengamal media dan wartawan yang membuat liputan di Dewan Tun Hussein Onn mula bergerak ke perkarangan Menara Dato’ Onn di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) kerana tiada sebarang sidang media dilakukan di situ.

Difahamkan lebih 50 wartawan yang berada di sini seawal jam 6 petang bingung apabila tiada seorang pemimpin Barisan Nasional (BN) yang hadir membuat sidang media selepas berakhirnya proses penguandian Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) siang tadi.

Turut kelihatan puluhan penyokong parti itu yang memenuhi perkarangan bangunan milik UMNO ini.

Setakat jam 9.40 malam tadi hanya Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Jalil dilihat meninggalkan perkarangan menara ini. – MalaysiaGazette