Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah hari ini.
Mukhriz mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah hari ini.

ALOR SETAR – Datuk Seri Mukhriz Mahathir sah menjadi Menteri Besar Kedah buat kali kedua sama seperti bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Mukhriz mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit kira-kira 4 petang tadi yang disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang turut bersama semasa istiadat angkat sumpah tersebut.

Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah Ke-13 menggantikan Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang tersingkir selepas tewas dalam PRU-14 baru-baru ini.

Pakatan Harapan (PH) Kedah memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 36, sementara Pas 15 dan Barisan Nasional (BN) pula 3. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast