P. Prabakaran
P. Prabakaran

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Batu P. Prabakaran yang menang atas tiket bebas yang direstui Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14), hari ini sah menyertai parti itu.

Perkara itu diumumkan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua ketika Majlis Kesyukuran Kemenangan Rakyat Parlimen Batu di sini, hari ini.

Prabakaran, 22, berkata beliau bersyukur kerana akhirnya impiannya untuk menjadi anggota parti itu tercapai.

“Saya sangat bangga, saya memang ada rancangan untuk menyertai PKR sebelum ini dan pernah memasang angan-angan untuk menyertai Suara Pemuda Keadilan.

“Pada mulanya saya hanya mahu menjayakan aspirasi pemuda-pemuda di Batu sebab itulah saya mahu bertanding di sini namun apabila PKR memberi sepenuh sokongan, saya lebih bersemangat untuk berjuang,” katanya kepada pemberita hari ini.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast