Adik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rusli Ibrahim keluar dari pintu utama Unit Kemasukan Pesakit Wad-wad selepas melawat abangnya di Pusat Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 13 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Adik Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Ketua Umum PKR itu akan dibebaskan pada Selasa ini.

Rusli yang melawat Anwar di Hospital Rehabilitasi Cheras pagi tadi berkata, Lembaga Pengampunan akan bersidang pada pagi Selasa ini bagi menyelesaikan proses itu.

“Insya-Allah, Lembaga Pengampunan akan bersidang, tentukan masa. Besar kemungkinan Selasa.

“Yakin hari Selasa. Hanya dia (Anwar) akan pergi tandatangan Agong. Selepas itu, Agong akan panggil dia ke istana dan terus bebas.

“Selepas bersidang, Anwar segera dibawa ke istana kerana Agong secara peribadi mahu berjumpa dia,” katanya kepada pemberita di pekarangan Hospital tersebut selepas melawat abangnya yang sedang mendapatan rawatan fisioterapi selepas pembedahan bahu.- MalaysiaGazette