Kelab milik jutawan Malaysia, Vincent Tan akhirnya kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris pada musim 2018/19.
Kelab milik jutawan Malaysia, Vincent Tan akhirnya kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris pada musim 2018/19.

LONDON – Selepas empat musim beraksi dalam Liga Kejuaraan, kelab milik jutawan Malaysia, Vincent Tan iaitu Cardiff City akhirnya kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim depan.

Dengan dua mata mengatasi Fulham yang berada ditangga ketiga, The Bluebirds mengesahkan tempat secara automatik pada dua perlawanan terakhir liga.

Cardiff mengumpul sebanyak 90 mata iaitu sembilan mata di belakang pendahulu, Wolves dengan 99 mata manakala Fulham terpaksa melalui play off.

Antara pemain utama mereka musim ini adalah – Etheridge, Ecuele Manga, Bennett, Sean Morrison, Joe Ralls, Kenneth Zohore, Sol Bamba, Callum Paterson, Mendez-Laing, dan Junior Hoilett.

Cardiff turut dibarisi pemain seperti Marko Grujić (pinjaman dari Liverpool) dan Anthony Pilkington.

Pada musim terakhir Cardiff di Liga Perdana iaitu 2013/14 , kelab itu dibarisi ramai pemain utama seperti Caulker, Fabio, Zaha, Fraizer Campbell, Bellamy, Medel dan Kenwyne Jones namun gagal untuk mengekalkan mereka dalam liga. – MalaysiaGazette