Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Ismail Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim seolah-olah memberi isyarat tidak bersetuju dengan keputusan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian untuk menukarkan slogan ‘Muafakat Johor’ kepada ‘Harapan Johor’.

Menerusi laman Facebook Johor Souther Tigers, baginda memuatnaik status berbunyi ‘Muafakat Itu Berkat’.

Status Tunku Ismail yang dimuatnaik di laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers.
Status Tunku Ismail yang dimuatnaik di laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers.

“Slogan yang telah digunakan sejak sekian lama iaitu semenjak tertubuhnya negeri Johor pada tahun 1885,” tulis TMJ.

Osman sebelum ini dilaporkan berkata, slogan ‘Muafakat Johor’ merupakan slogan kerajaan lama teraju Barisan Nasional (BN), bertentangan dengan kepimpinan baharu Pakatan Harapan.

“Muafakat Johor akan ditukar kepada Harapan Johor dan ‘Team Johor’ juga tidak diguna pakai sebaliknya pentadbiran baru ini dikenali Pakatan Harapan Johor,” kata Osman.

Menurutnya, kerajaan PH Johor hanya akan menukar slogan, tetapi mengekalkan istilah Bangsa Johor.

“Apa salahnya dengan istilah Bangsa Johor. Semua yang lahir di Johor, kita adalah Bangsa Johor. Lagu negeri ini juga bertajuk Lagu Bangsa Johor,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast