Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri tidak bersetuju tindakan dikenakan ke atas mereka yang mengkritik beliau.

Jelas Tun Dr Mahathir Mohamad, perkata itu telah dimaklumkan kepada polis.

“Saya tak bersetuju tindakan diambil kepada mereka yang mengkritik saya,” katanya menerusi Twitter beliau.

Malah, beliau berkata, undang-undang mengenai perkara itu akan dikaji apabila Parlimen bersidang nanti.

Beliau berkata demikian susulan tindakan Ibu Pejabat Polis Langkawi yang menahan seorang lelaki yang menghina perdana Menteri dan Islam di Facebook.

Tangkapan ke atas lelaki itu dilakukan Selasa lalu selepas wakil-wakil NGO kerana tidak berpuashati terhadap beberapa kenyataan penghinaan yang keterlaluan di laman media sosial itu terhadap Tun Dr Mahathir Muhamad dan Islam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast