Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memohon maaf selepas video tular penumpang memanjat pagar untuk memasuki Stesen Anak Bukit tular di media sosial, awal pagi tadi.
KTMB dalam kenyataan berkata, berdasarkan siasatan awal, stesen berkenaan sepatutnya mula beroperasi pada jam 5.30 pagi, namun kakitangan yang dijadualkan membuka stesen tidak dapat melapor diri atas faktor kesihatan.















