Dr. Hilmi Yahaya

GEORGE TOWN – Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya meletak semua jawatannya dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa hari ini selepas kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Perkara itu diumumkan Hilmi dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata jawatan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau itu akan dipangku oleh timbalannya Datuk Dr Muhamad Farid Saad.

“Kini, sudah sampai masanya saya mengundurkan diri dari arena politik. Saya memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang mengabadikan diri sebagai wakil rakyat di Parlimen Balik Pulau dan di peringkat persekutuan ada salah dan silap yang telah dilakukan.

“Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa yang berusaha sebaik mungkin untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat,” katanya.-BERNAMA