Adissadikin Ali

KUALA LUMPUR – Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad, Datuk Adissadikin Ali dilantik sebagai Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) yang baru.

Beliau menggantikan Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid untuk penggal 2018 hingga 2020.

Pelantikan beliau dibuat semasa Mesyuarat Agung AIBIM pada 16 Mei lalu.

Dengan pelantikan itu Adissadikin juga mengetuai Majlis Tertinggi baharu AIBIM yang dianggotai oleh Affin Islamic Bank, AmBank Islamic, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, CIMB Islamic Bank, HSBC Amanah, Maybank Islamic, MBSB Bank dan RHB Islamic Bank. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast