Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (enam kiri), Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (enam kanan) dan menteri-menteri kabinet bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 23 MEI 2018

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull adalah orang yang sesuai untuk menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, pelantikan Shukri ke jawatan tertinggi badan itu adalah tepat berdasarkan pelbagai pengalaman yang dihadapi oleh beliau selama ini.

“Kita telah lantik Shukri sebab dia ada pengalaman terlibat siasatan 1MDB tapi dihentikan kerana pihak kerajaan pada masa itu tak suka kerja-kerja yang dilakukan oleh beliau,” katanya.

Ini kali pertama Dr Mahathir membuat ulasan tentang pelantikan Sukri berhubung siasatan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Semalam Shukri yang baru dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata beliau hampir mati semasa mengendalikan kes siasatan terhadap 1MDB.

Malah Shukri turut mendedahkan bahawa beliau pernah ditawarkan sesuatu oleh Ahli Parlimen dari Utara untuk menghentikan siasatan terhadap badan pelaburan strategik kerajaan pimpinan Najib. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast