Khazanah
Khazanah Nasional Bhd terus mencatatkan pertumbuhan serta melindungi asetnya bagi pihak negara, dengan nilai aset bersih (NAV) meningkat kepada RM86 bilion pada 2021 daripada RM79 bilion tahun lepas.

KUALA LUMPUR – Kerajaan terdahulu didakwa menggunakan wang daripada Khazaah Nasional Berhad (Khazanah) untuk membayar liabiliti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Khazanah membayar sejumlah RM1.2 bilion kepada kerajaan pada pertengahan 2017 dalam saham-saham boleh tebus yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan, yang digunakan untuk membayar tunggakan hutang 1MDB kepada International Petroleum Investment Company (IPIC).

1MDB bersetuju membayar sejumlah AS$1.2 bilion kepada IPIC sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dicapai pada April 2017 selepas gagal dalam pembayaran bon-bon.

Khazanah memberitahu Reuters, Kementerian Kewangan telah melaksanakan haknya pada Ogos 2017 untuk menebus Saham Keutamaan Kumulatif Boleh Tebus berjumlah RM1.2 bilion, yang dikeluarkan kepada kementerian pada tahun 2011.

Walau bagaimanapun, ia tidak memberi komen sama ada dana itu digunakan untuk membayar hutang tertunggak 1MDB.

Kerajaan terdahulu juga menggunakan kira-kira AS$ 500 juta yang dijana daripada perjanjian penjualan tanah dengan bank pusat untuk membayar beberapa liabiliti 1MDB kepada IPIC, Reuters melaporkan sebelum ini. – MalaysiaGazette