Duta pakaian Jakel, Aaron Aziz membuat potongan harga keatas baju dan sampin koleksinya sebagai duta pada sembang santai ‘Jakel Barulah Raya’ di Jakel Mall, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 19 MEI 2018.

KUALA LUMPUR –  Menjelang Aidilfitri ini, gedung tekstil terkenal, Jakel cukup sinonim sebagai pusat sehenti buat seisi keluarga untuk mencari kelengkapan pakaian menjelang hari raya.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, konsep membeli belah di bawah satu bumbung yang dipraktikkan bertujuan memudah dan memberi keselesaan buat pelanggan setianya.

Jelas beliau, Jakel menawarkan kepelbagaian rekaan fesyen terkini buat lelaki, wanita dan kanak-kanak pada harga berpatutan di samping hadiah percuma selain jualan lelong.
Duta pakaian Jakel, Nabil Ahmad membuat potongan harga keatas baju dan sampin koleksinya sebagai duta pada sembang santai ‘Jakel Barulah Raya’ di Jakel Mall, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 19 MEI 2018.

“Bagi pakaian raya wanita, lebih 200 rekaan disediakan yang menampilkan duta antaranya Scha Al Yahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha dengan lima pilihan warna serta saiz kerana kami belajar dari tahun sebelumnya untuk menyediakan lebih banyak saiz pilihan kepada pelanggan.

“Bagi baju Melayu lelaki, pelanggan boleh memilih koleksi Nabil Ahmad, Aaron Aziz, Awal Ashaari dan sebagainya, selain diberi percuma samping kain benang kerana ia lebih selesa digayakan sepanjang hari.

“Mereka yang meminati kurta boleh menggayakan koleksi jenama Hairul Azreen,” katanya pada perasmian kempen Jakel Barulah Raya bersama Duta Raya Jakel, di Wisma Jakel baru-baru ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel bergambar kenangan dengan barisan artis yang merupakan duta pakaian Jakel pada sembang santai ‘Jakel Barulah Raya’ di Jakel Mall, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 19 MEI 2018.

Jakel turut menyediakan koleksi baju Melayu kanak-kanak Upin Ipin seawal usia setahun hingga 12 tahun dengan tawaran samping serta butang Upin Ipin percuma.

Kanak-kanak yang menjadi duta koleksi pakaian raya pula ialah Yusuf Iskandar dan Lara Alana dengan pelbagai rekaan menarik dan comel.

Mohamed Faroz berkata, Jakel mementingkan elemen fabrik berkualiti, warna bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas serta rapi bagi menyerlahkan personaliti dan mengikut trend terkini.

Duta pakaian Jakel, Nabil Ahmad dan Aaron Aziz membuat potongan harga keatas baju dan sampin koleksinya sebagai duta pada sembang santai ‘Jakel Barulah Raya’ di Jakel Mall, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 19 MEI 2018.

“Koleksi raya Jakel kali ini menerapkan ciri kekeluargaan dengan rekaan dan warna sedondon yang ceria bagi mewujudkan suasana riang.

“Bagi memudahkan transaksi pembayaran, Jakel bekerjasama dengan Boost iaitu aplikasi dalam telefon pintar untuk membantu pelanggan membuat bayaran secara dalam talian, selain boleh memperoleh mata ganjaran,” katanya.

Maklumat lanjut kempen boleh diperoleh dengan melayari media sosial Instagram @jakeltextile dan Facebook GedungTekstilJakel. – MalaysiaGazette