Pengurus Restoran Anjung Patin Ville, Mohd Yusof Ibrahim di Restoran Anjung Patin Ville, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 15 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Bagi penggemar tegar ikan sungai, anda boleh menikmati juadah berbuka puasa di Anjung Patin Ville di Kampung Bharu yang menyajikan hidangan menyelerakan.

Antara menu utama yang disediakan terutama ikan patin tempoyak di Restoran Anjung Patin Ville, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL

Terletak di Jalan Raja Abdullah, Anjung Patin Ville dibuka setiap hari sepanjang Ramadan dan orang ramai yang mahu merasakan masakan desa di ibu kota dipelawa untuk berkunjung ke restoran berkenaan.

Pengurus Anjung Patin Ville, Mohd. Yusof Ibrahim berkata, lebih 35 jenis lauk-pauk disediakan setiap hari kepada pengunjung sebagai juadah berbuka puasa.

Antara menu utama yang disediakan terutama ikan patin tempoyak di Restoran Anjung Patin Ville.

Berkonsepkan buffet, pengunjung yang datang boleh menikmati juadah dengan sepuas-puasnya dalam suasana yang selesa, katanya.

“Dilengkapi dengan alat pendingin hawa, Anjung Patin Ville mengalu-alukan kehadiran orang ramai terutama penggemar ikan sungai untuk merasai kelainan masakan yang jarang-jarang ditemui di Kuala Lumpur.

“Kami memastikan tahap kepuasan pelanggan dan kebiasaan yang datang akan berulang lagi kemari,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui baru-baru ini.

Pengurus Restoran Anjung Patin Ville, Mohd Yusof Ibrahim (tengah) berbual mesra dengan pelanggan di Restoran Anjung Patin Ville, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL,

Harga yang ditawarkan kepada dewasa ialah RM85 manakala kanak-kanak pula bayaran yang dikenakan hanya RM45 sahaja.

Mengulas lanjut, Mohd Yusof berkata, pengunjung boleh membuat pesanan tambahan untuk menikmati pelbagai jenis ikan sungai antaranya patin buah, baung, kerai, kelah, jelawat Sungai Pahang, gerahak, tamalian, udang galah, tapah, dan tengalan.

Pengurus Restoran Anjung Patin Ville, Mohd Yusof Ibrahim menunjukkan ikan tenggalan sebelum di masak di Restoran Anjung Patin Ville, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 15 MEI 2018

Malah katanya, bagi penggemar ikan patin, restoran tersebut turut menyediakan masakan ikan patin sangkar yang dimasak dengan tempoyak dan pais.

Ikan patin tempoyak antara menu utama yang disediakan di Restoran Anjung Patin Ville, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL.

Antara jenis masakan yang disajikan di restoran itu tambah beliau ialah, ikan kerai goreng, udang galah masak sambal, ikan patin masak tempoyak, ayam kampung masak lemak cili api, pelbagai jenis kerabu serta banyak lagi pilihan dan citarasa yang dikehendaki pelanggan.

Katanya, pengunjung yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi talian 03-269 345 26 atau melayari Facebook dan Instagram Anjung Patin Ville. – MalaysiaGazette

 

Pengurus Restoran Anjung Patin Ville, Mohd Yusof Ibrahim di Restoran Anjung Patin Ville, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL.