TERKINI : PPIM Sokong Kerajaan Yang Memerintah – Datuk Nadzim

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata pertubuhan itu menyokong kerajaan yang memerintah dan mahu melihat segala yang dijanjikan kepada rakyat ditunaikan.

Jelas Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan, biarpun pertubuhan itu tidak menyokong mana-mana parti politik namun mereka tetap penyokong kerajaan yang memerintah dan hormat akan keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) lalu.