Program pengagihan bubur lambuk melibatkan kakitangan Hotel Sri Petaling dan Kinrara Resort di bawah pengurusan PMSSB berlangsung di Plaza Tol Awan Besar baru-baru ini.
Program pengagihan bubur lambuk melibatkan kakitangan Hotel Sri Petaling dan Kinrara Resort di bawah pengurusan PMSSB berlangsung di Plaza Tol Awan Besar baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Cuaca yang tidak menentu pada waktu petang di bulan Ramadan tidak menghalang PNB Management Services Sdn. Bhd. (PMSSB) mengadakan program pengagihan bubur lambuk kepada pengguna lebuh raya Konsortium Expressway Shah Alam Selangor (KESAS) baru-baru ini.

Program yang melibatkan kakitangan Hotel Sri Petaling dan Kinrara Resort di bawah pengurusan PMSSB itu berlangsung di Plaza Tol Awan Besar dalam suasana hujan lebat.

Ketua Pegawai Operasi PMSSB, Hasni Yusoff berkata, ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat kepada pengguna lebuh raya sebagai juadah berbuka puasa.

“Pengagihan bubur lambuk oleh Hotel Sri Petaling dan Kinrara Resort ini bukan sahaja bertujuan sebagai penyediaan berbuka puasa bagi pengguna lebuh raya KESAS, tetapi juga bertujuan mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini.

“Amalan bersedekah serta memupuk perpaduan antara masyarakat diharap dapat memperkenalkan kedua-dua hotel PMSSB yang terletak berhampiran kawasan ini,” katanya.

Sebanyak 1,000 bungkus bubur lambuk mula diagihkan oleh pihak pengurusan Hotel Sri Petaling dan Kinrara Resort kepada pengguna lebuh raya KESAS.
Sebanyak 1,000 bungkus bubur lambuk mula diagihkan oleh pihak pengurusan Hotel Sri Petaling dan Kinrara Resort kepada pengguna lebuh raya KESAS.

Hasni memberitahu, sebanyak 1,000 bungkus bubur lambuk mula diagihkan oleh pihak pengurusan Hotel Sri Petaling dan Kinrara Resort kepada pengguna lebuh raya bermula pukul 4.30 petang dan berakhir dua jam kemudian.

Jelas beliau, PMSSB berharap program ini akan menjadi tradisi dan dapat diteruskan pada bulan Ramadan yang akan datang.

“Ia juga merupakan salah satu inisiatif pihak pengurusan Hotel Sri Petaling dan Kinrara Resort untuk lebih dekat dengan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, sepanjang bulan Ramadan ini, Hotel Sri Petaling akan menganjurkan bufet Ramadan bertemakan Icip-Icip Ramadan.

Bagi yang berminat untuk merasai kemeriahan berbuka puasa di sana, mereka boleh membuat tempahan terus di kaunter hotel atau hubungi talian di 03-9058 2323. – MalaysiaGazette