Datuk Seri Dr Mohd Puad Zarkashi
Dr. Puad Zarkashi

BATU PAHAT – Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi akan mempertahankan jawatan tersebut pada pemilihan UMNO yang akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat itu berkata, keputusan tersebut dibuat kerana mahu membantu parti bangkit semula selepas tewas pada PRU14 dan tidak lagi menjadi kerajaan.

“Saya yakin masih mampu memberi sumbangan kepada parti terutama dalam memperjuangkan isu yang saya pernah bangkitkan sebelum ini iaitu sistem UMNO yang rosak dan tak telus akibat amalan ‘warlord’,” katanya di sini hari ini.

Beliau menegaskan, perkara sebegitu dalam UMNO perlu dikikis kerana perti perlu dilihat mahu mengekalkan perjuangannya selama ini seperti termaktub dalam perlembagaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast