Sekumpulan lelaki menyelamatkan mangsa yang cedera selepas ditembak oleh tentera-tentera Israel di Gaza, baru-baru ini. foto Agensi

BUENOS AIRES – Argentina dilaporkan membatalkan perlawanan persahabatan dengan Israel menjelang Piala Dunia melawan Israel susulan kekejaman terhadap Palestin di Gaza baru-baru ini.

Penyerang Argentina, Gonzalo Higuain mengesahkan pembatalan perlawanan itu menerusi saluran sukan ESPN.

“Mereka akhirnya melakukan perkara yang betul,” kata Higuain dalam temu bual.

Media Argentina juga melaporkan pembatalan itu.

Bagaimanapun, tiada pernyataan rasmi dari persatuan bola sepak Israel.

Laporan media mengatakan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah menelefon Presiden Argentina, Mauricio Macri dalam cubaan untuk ‘menyelamatkan’ pertandingan persahabatan yang dijadual diadakan di Jerusalem pada hari Sabtu ini.

Berita itu disambut dengan sorakan di Gaza.

Dalam kejadian serangan baru-baru ini, sekurang-kurangnya 120 Palestin dibunuh oleh pasukan keselamatan Israel.

Sementara itu, di Ramallah, Persatuan Bola Sepak Palestin telah mengeluarkan kenyataan terima kasih kepada penyerang Argentina, Lionel Messi dan rakan-rakannya kerana pembatalan itu.

“Nilai, moral dan sukan telah mendapat kemenangan hari ini dan kad merah dinaikkan di Israel melalui pembatalan permainan,” kata pengerusi Jibril Rajoub, yang dipetik oleh agensi berita Reuters. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast