Tun Dr Mahathir Mohamad
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 06 JUN 2018.

PUTRAJAYA – Peneroka Felda dan Felcra yang menerima Bantuan Sara Hidup yang menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak akan menerima insentif khas mulai tahun depan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana bayaran insentif itu yang dinikmati oleh peneroka Felda dan Felcra akan disemak semula.

Menurut beliau, untuk tahun ini kerajaan akan mengagihkan sebanyak RM450 kepada peneroka-peneroka itu sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi meringankan beban kos kenaikan sara hidup.

“Bayaran insentif khas kepada peneroka Felda sebanyak RM450 akan diberikan kepada semua peneroka,” katanya dalam sidang media di pejabat beliau hari ini.

Bayaran sebanyak RM100 juga akan disalurkan kepada bukan ahli Felda dan Felcra.

Pembayaran itu melibatkan peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Felda dan RM44 juta diperuntukkan daripada keuntungan Felcra.

Untuk rekod, seramai 105,000 daripada 112,000 peneroka di seluruh negara bersama agensi itu sehingga kini.

Manakala sejumlah 70,856 ahli Felcra setakat tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast