Donald Trump dan Kim Jong-Un berjabat tangan sebaik sahaja tiba di lokasi sidang kemuncak di Singapura bagi mengakhiri program nuklear di semenanjung Korea.
Donald Trump (kanan) dan Kim Jong-Un berjabat tangan sebaik sahaja tiba di lokasi sidang kemuncak di Singapura bagi mengakhiri program nuklear di semenanjung Korea di Singapura, Jun tahun lalu. foto Agensi

SINGAPURA – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berjabat tangan dan melakarkan senyuman di lokasi sidang kemuncak di Singapura hari ini, yang mana mereka mencari penyelesaian untuk mengakhiri program nuklear di Semenanjung Korea.

“Gembira untuk bertemu anda Tuan Presiden,” kata Jong Un sejurus beliau duduk di samping Trump, berlatar belakangkan bendera Korea Utara dan AS sambil tersenyum ketika Presiden AS itu menunjukkan tanda isyarat bagus.

Dengan kamera media menghala ke mereka, Trump dan Jong Un mewujudkan persekiaran yang mesra.

“Saya rasa hebat. Kami akan mengadakan perbincangan yang hebat dan akan berjaya besar. Saya gembira dan kami akan mempunyai hubungan yang hebat, saya tidak ragu-ragu,” kata Trump seperti dilapor Reuters.

“Tidak mudah untuk sampai ke sini…. Terdapat banyak halangan tetapi kami mengatasinya untuk ke sini,” balas Jong Un.

Trump dan Jong Un akan mengadakan pertemuan empat mata yang mungkin memakan masa selama dua jam sebelum mereka disertai pegawai lain dan makan tengah hari bersama-sama. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast