Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang digunakan ketika ini akan dikaji semula oleh Kementerian Pengangkutan, kata menterinya, Athony Loke.

Menurutnya, kajian perlu dibuat terlebih dahulu sebelum pengumuman mengenainya dibuat.

“Kita sedang menelitinya tetapi belum ada keputusan kerana ia melibatkan implikasi lain dan kita perlu mengkajinya dahulu sebelum membuat pengumuman,” katanya pada sidang media di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Anthony berkata, beliau sudah meminta pegawai di kementerian dan jabatan yang berkaitan untuk memberi cadangan konkrit bagi membincangkan pilihan berkaitan sebelum perkara itu di bawa ke Kabinet untuk diputuskan.

“Saya sudah meminta pegawai kementerian, jabatan yang berkaitan memberi saya cadangan konkrit dan saya akan membincangkan pilihan-pilihan tersebut dengan pegawai kementerian, kemudian mereka akan bawa kepada kabinet untuk diputuskan.

“(Keputusan) akan diumumkan secepat mungkin, dalam tempoh satu atau dua bulan kita akan buat keputusan mengenai AES,” ujar beliau. – MalaysiaGazette