Azhari Shaari
Azhari Shaari

KUALA LUMPUR – Datuk Azhari Shaari mengesahkan beliau akan bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan UMNO, akhir bulan ini.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam itu berkata, beliau akan mempertahankan jawatan disandangnya yang setakat ini dijangka membabitkan pertembungan tiga penjuru.

Azhari, 48, berkata keputusan itu dibuat bagi memastikan kepemimpinan tertinggi UMNO kini dikemudi oleh barisan baharu dan muda.

“Jika kita melihat pihak sebelah sana (Pakatan Harapan), mereka sudah membentuk golongan muda sejak dari awal sehingga ada yang sudah menjadi wakil rakyat pada usia 22 tahun.

“Justeru, saya berasakan sudah tiba UMNO memberi ruang dan peluang kepada barisan muda, terutama pemimpin bagi kawasan bandar seperti di Shah Alam,” katanya dipetik BH Online.

Azhari berkata, borang pencalonan itu sudah diserahkannya secara dalam talian, minggu lalu. – MalaysiaGazette