Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang didakwa
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang didakwa "kedekut" kerana enggan menambahkan peruntukan untuk Kementerian Pengangkutan bagi menerbitkan video kempen mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah jauh lebih kedekut.

PULAU PINANG – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang didakwa “kedekut” kerana enggan menambahkan peruntukan untuk Kementerian Pengangkutan bagi menerbitkan video kempen mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah jauh lebih kedekut.

Guan Eng berkata, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook belum mengalami tahap kedekut Dr. Mahathir yang diibarat sampai ke “tahap kesian” .

“Dr. Mahathir mahu jimat sebanyak yang mungkin sehingga banyak perkara tidak diluluskan. Rupa-rupanya Dr. Mahathir lebih kedekut daripada saya,” katanya dalam wawancara bersama Kwong Wah Yit Poh.

Guan Eng mendedahkan, Dr. Mahathir menyatakan mahu memotong gaji sendiri ketika Jemaah Menteri baru sahaja mahu memulakan mesyuarat.

“Dr. Mahathir berkata, gajinya sebanyak RM22,000 adalah terlalu tinggi dan mahu ia dikurangkan sebanyak 10 peratus.

” Semua orang terkilan pada masa itu kerana mesyuarat belum bermula pun dan beliau sudah mahu memotong gaji. Belum mula kerja pun, gaji sudah dipotong. Betapa kesiannya kami,” katanya.

Tambah Guan Eng, Dr. Mahathir sering menegaskan bahawa beliau meninggalkan duit yang cukup banyak kepada penggantinya semasa dalam penggal Perdana Menteri terdahulu.

Guan Eng berkata, Dr. Mahathir justeru betul-betul kecewa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggap boros dalam berbelanja dan mahu tindakan diambil ke atasnya.

Sementara itu, Guan Eng mendakwa, beliau merupakan orang pertama dalam Pakatan Harapan yang mengetahui bahawa berlaku pertukaran kerajaan di Melaka pada 9 Mei.

Guan Eng berkata, beliau menerima panggilan telefon seorang kawan daripada UMNO kira-kira pukul 10 malam yang memaklumkan berita itu.

Beliau pada masa itu bagaimanapun belum tahu bahawa Johor turut mengalami pertukaran kerajaan.

1 Komen

  1. aslm..diatas hak kebebasan bersuara..seburuk2 pandangan anda pd najib dia tdk mggunakan jwtn mengkayakan anak beranaknya apatahlagi beliau hanya pegang 2 penggal shj..hhya yg tdk waras menafikan kebenaran kekayaan anak2 mahathir dn kekayaan itu bkn dtg dg sendiri kecuali dg bantuan mahathir..gaji rm22k terlalu byk?apa yg mahathir hairan/bimbang kerana kekayaan beliau miliki beribu ganda dr gaji yg diterima skrg..7 keturunan mkn tdk habis..jk ada pnyelewgn duit rkyat dahulu maka rezeki yang haram dimakan tempatnya adalah neraka Allah azza wajalla..duit rakyat jgn dijadikan spt duit warisan keluarga anda..duit rkyt perlu dikembalikn kpd rkyt..

Comments are closed.