ringgit
Gambar hiasan

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada harga 3.9990/4.030 berbanding dolar AS daripada 4.0020/0050 penutup semalam.

Peniaga berkata, penutup yang lemah semalam menyaksikan buat pertama kali ringgit melepasi paras 4.0 dalam lebih lima bulan, menolak permintaan terhadap mata wang tempatan, sungguhpun ketidaktentuan berhubung defisit fiskal Malaysia selain faktor pertikaian perdagangan yang semakin memuncak AS-China.

Selera untuk mengambil risiko yang bertambah baik juga dilihat sungguhpun penyusutan semalaman dalam harga minyak.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih kukuh, kecuali berbanding euro, yang mana ia susut kepada 4.6288/6351 daripada 4.6223/6274 penutup Selasa.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura pada 2.9452/9492 daripada 2.9476/9507, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6364/6411 daripada 3.6431/6469, dan menokok berbanding pound British kepada 5.2631/2687 daripada 5.2734/2778. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast