Presiden Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (PEKIRA), Mohd Ridzuan Abdullah menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung lambakan pekerja asing dan mahu kerajaan siasat bekas Menteri Dalam Negeri di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 21 JUN 2018.

KUALA LUMPUR- Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (PEKIRA) mahu kerajaan menyiasat kebanjiran pendatang asing sehingga ‘menganggu periuk nasi’ warga tempatan.

Presidennya, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, isu parti pendatang asing tanpa izin didapati terlalu banyak sejak tahun 2012 dimana bilangan warga Bangladesh telah pun mencecah 1.5 juta orang.

“Pendatang asing telah mencuri mata pencarian rakyat tempatan dimana mereka hari ini monopoli dari segi perniagaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan polis berhubung perkara yang sama di Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Menurut Mohd. Ridzuan, PEKIRA juga mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat perkara itu secepat mungkin.

Katanya, sekiranya ia ada kaitan dengan salah laku pihak tertentu dalam Kementerian Dalam Negeri, ia juga perlu ditangani memandangkan kebanjiran pendatang asing sekarang ‘merimaskan’ rakyat termasuk para peniaga kecil-kecilan.- MalaysiaGazette