"Habis tu macam mana nak bertanding Presiden UMNO tahun 2021?" - Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – UMNO perlu melakukan reformasi luar biasa agar parti itu tidak lagi diberi persepsi atau imej-imej negatif di mata rakyat.

Khairy Jamaluddin berkata, persepsi bahawa parti itu angkuh, samseng, biadap, rasis, sexist dan eksklusif hanya untuk golongan bangsawan dan elit perlu ditangani bersama.

Katanya, pembaharuan itu tidak boleh berjaya jika hanya dikemudi oleh presiden sahaja sebaliknya perlu dilakukan bersama dalam satu kumpulan.

“Kita kena akui akan kelemahan dan kesilapan UMNO. Kalau kita tidak tak jujur dan menganggap apa yang berlaku bukan semata-mata persepsi, kita takkan dapat membina semula UMNO, kembalikan keyakinan rakyat.

“Presiden seorang diri tak dapat selamatkan parti, ia mesti dilakukan dengan pasukan sebelum kapal karam. Walaupun kita ada 53 kerusi Parlimen, kekuatan cawangan tetapi kapal banyak lubang. Perlu ada kumpulan yang kuat untuk tampal.

“Kita kena akui akan kelemahan dan kesilapan lampau UMNO. Kalau kita tidak tak jujur dan menganggap apa yang berlaku bukan semata-mata persepsi, kita takkan dapat membina semula UMNO, kembalikan keyakinan rakyat.

“Kita kalah, kita adalah pembangkang. Itu realiti. Jadi kita kena buat pembaharuan jika hendak rakyat kembali kepada UMNO,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian hari ini.

Calon presiden UMNO itu mengakui bukan mudah baginya membuat keputusan untuk bertanding jawatan itu kerana rancangan awalnya untuk bersaing naib presiden sahaja.

“Saya jumpa Tokpa (Datuk Seri Mustapa Mohamed), pujuk dia bertanding kerana beliau baik dan berintegriti. Pujuk Datuk Seri Mohamad Hasan. Tok Mat kata paling tinggi dia hendak bertanding timbalan presiden. Tengku Razaleigh (Ku Li) pula kata akan fikir.

“Tetapi dua hari sebelum tarikh akhir pencalonan, saya tergerak hati hendak beri pilihan kepada perwakilan. Dan matlamat saya politik saya hendak kembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO,” tambahnya.

Jelas Khairy, dalam zaman luar biasa beliau perlu mengambil jalan yang bukan biasa dan ia merupakan satu persaingan sihat dalam keluarga UMNO.

Lantaran itu, beliau mahu mewujudkan majlis profesional bagi membuka peluang kepada golongan cendikiawan dan aktivis bukan ahli parti yang bersedia mahu membantu UMNO.

Semalam, Khairy juga mengumumkan untuk menambah dua jawatan naib presiden jika berjaya memenangi jawatan presiden UMNO.

Katanya, beliau turut mahu merombak UMNO di peringkat cawangan dan bahagian kerana berpendapat parti itu memerlukan ahli-ahli yang berkualiti dan bukan kuantiti semata-mata.

“Setiap kali Perhimpunan Agung UMNO kita berbangga dengan 3 juta ahli. Tapi pilihan raya tak menang pun. Kita perlukan kualiti,” ujarnya. – MalaysiaGazette