Recep Tayyip Erdogan. foto AP

ANKARA – Rakyat Turki hari ini mengundi untuk memutuskan sama ada akan terus memberi peluang kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan memerintah negara itu untuk tempoh lima tahun lagi dalam pilihan raya paling sengit.

Proses pengundian telah dibuka pada pukul 8 pagi (05:00 GMT) dalam pilihan raya presiden dan Parlimen.

Jika Erdogan menang undi sekali lagi untuk jawatan presiden, beliau akan menggalas kuasa-kuasa besar yang baharu.

Namun, Erdogan dikatakan menghadapi getir daripada calon Parti Rakyat Republik, Muharrem Ince.

Turki masih diletakkan di bawah darurat selepas cubaan untuk menggulingkan kerajaan Erdogan pada Julai 2016.

Sepatutnya pilihan raya Turki dijadualkan pada November 2019 tetapi diawalkan oleh Erdogan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast